Home Courses College Life Online Learning Useful Links Apply Now

CONVOCATIONS


+

Konvokesyen Sebelum

a) SURAT PEMBERITAHUAN/MAKLUMAN
Sila Muat Turun Di Pautan Muat Turun


b) TENTATIF KONVOKESYEN
Sila Muat Turun Di Pautan Muat Turun


c) YURAN KONVOKESYEN
Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan yang hadir atau tidak hadir Istiadat Konvokesyen Kolej Kiara.

Mesyuarat Jawatankuasa kewangan telah bersetuju meluluskan penyeragaman Kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada graduan yang hadir serta tidak hadir ke istiadat konvokesyen seperti berikut:-

PERINGKAT PENGAJIAN Diploma
KADAR RM 250.00

Kadar yuran di atas berkuat kuasa mulai Istiadat Konvokesyen Ke-1 (Julai 2017) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui cara-cara berikut.

KAEDAH BAYARAN
Melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Akaun No : 10052010004119


Buat bayaran melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau mesin ATM (Automated Teller Machine) BIMB.
Simpan resit bayaran dan bawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa mengambil jubah.
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Unit Kewangan di talian 088-492516 .


d) PENGAMBILAN JUBAH GRADUAN
Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Proses pinjaman jubah dihentikan semasa sesi raptai berlangsung. Sila bawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:-
A) Borang Jubah Akademik Graduan yang telah ditandatangani
B) Slip bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan


e) KAD JEMPUTAN & PELEKAT KENDERAAN
Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu dan satu pelekat kenderaan bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Kiara.
Kad jemputan tetamu dan pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah.

Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pelekat kenderaan hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan yang membawa graduan.


f) NOMBOR GILIRAN GRADUAN
Sila Muat Turun Di Pautan Muat Turun

+

Konvokesyen Semasa

a) ETIKA PAKAIAN GRADUAN & TETAMU

Pakaian Graduan Lelaki:-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Kolej).
Baju Melayu berwarna hitam dan bersamping songket dan dipakai tanpa bengkung, atau Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
Songkok tidak diperlukan
Seluar HITAM sahaja dibenarkan – (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN)

Pakaian Graduan Perempuan:-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Kolej).
Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh.
Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.



Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.

TIDAK DIBENARKAN
Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

Pakaian Tetamu Lelaki:-
Kebangsaan, atau Batik, atau Lounge Suit, atau Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-
Kebangsaan atau Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN). Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.

+

Konvokesyen Selepas

a) PEMULANGAN JUBAH GRADUAN
DENDA KELEWATAN PULANG JUBAH AKADEMIK GRADUAN
Graduan yang tidak sempat memulangkan jubah pada hari yang sama, dibenarkan memulangkan jubah pada keesokan hari dengan sewaan tambahan RM50.00. Graduan yang memulangkan jubah selepas tempoh ini dikenakan denda lewat RM 100.00 dan termasuk sewaan RM 50.00 sehari.

Jubah graduan yang dipulangkan sebaik tamat sidang penganugerahan anda, tiada bayaran dikenakan.

Kaunter serahan/ bayaran sewa jubah harian/denda lewat dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Denda lewat/sewaan harian pada hari minggu/cuti am akan diambil kira dalam minggu istiadat konvokesyen.

b) TUNTUTAN SKROL & TRANSKRIP AKADEMIK
PANDUAN
Bagi graduan yang hadir Istiadat Konvokesyen, anda boleh mendapatkan skrol dan transkrip sebaik sahaja jubah graduan dipulangkan kepada kolej.

Bagi graduan yang tidak hadir pada Istiadat Konvokesyen, anda dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu di Bank Islam Malaysia Berhad. Pembayaran melalui pos tidak diterima. Selepas bayaran dibuat, graduan boleh menuntut skrol dan transkrip.

ENGLISH

Copyright © 2017 KIARA College. All right reserved. All rights reserved